SEBUT saja namanya Sofiah. Ibu muda yang sedang terlonjak kegirangan ketika mengetahui positif hamil selepas melalui ujian kehamilan. Agar lebih memastikan, ia pun segera memeriksakan dirinya ke hospital. Sebab ia tahu pusingan haidnya tak pernah tepat. Oleh doktor, kandungannya di-USG. Namun belum terlihat bakal calon janin. Ia pun disarankan untuk menggunakan sebuah alat yang berfungsi semacam ‘detektor’ yang dimasukan melalui vaginanya untuk memeriksakan kandungannya. Seketika Sofiah ragu-ragu, sebab ia harus membuka aurat yang hanya dihalalkan untuk suaminya itu pada doktor kandungan yang kebetulan lelaki. “Anggap saja saya tidak ada. Ini adalah untuk kepentingan perubatan. Saya sudah bersumpah untuk menjaga nama baik dan bertindak sesuai kaedah kedoktoran,” tegas doktor itu, meyakinkan Sofiah yang nampak amat ragu-ragu dan ‘malu’. Rupanya, Sofiah tak sendiri. Nadiah pun pernah merasakan hal sama. Saat mahu memasang KB jenis ayudhi/spiral, ia pun harus membuka vaginanya di depan doktor kandungan yang kebetulan lawan jenisnya. Hampir saja ia batalkan niat tersebut. Namun kerana jenis KB lain tidak ada yang sesuai dan kesihatannya memang harus menjarakkan kehamilan. Nadiah pun akhirnya tetap memasang spiral. Namun bagaimana situasi dan keadaan Sofiah dan Nadiah dalam peneropongan hukum Islam?
Asalnya Terlarang
Pada dasarnya, baik lelaki mahupun perempuan terlarang untuk melihat aurat lawan jenisnya yang bukan mahram. “Katakanlah kepada lelaki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka …’” (an-Nur: 30 – 31) Sebahagian besar ulama pun menyatakan hal serupa. Secara lebih khusus, mereka malah mendetailkan sejauh mana batasan tubuh yang disebut aurat. Namun bila keadaannya darurat, apalagi dengan alasan pengubatan, hal tersebut dibenarkan. Ibnu Hajar dalam ‘Fathul Bari’ mengatakan bahawa dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dari Rabi binti Muawwadz disebutkan, “Kami berperang bersama Rasulullah, kami memberi minum kaum dan kami membantu mereka serta membawa mereka kembali yang terbunuh dan terluka ke Madinah.” Dalam lafaz lain, ‘Kami mengubati orang yang terluka.’ Dalam peristiwa ini terdapat qiyas pengubatan lelaki terhadap wanita yang diqiyaskan pada pengubatan wanita terhadap lelaki. Sedang hukum masalah yang dibahas adalah kebolehan berubat terhadap lawan jenis dalam keadaan darurat baik dengan memandang dan menyentuh dengan tangan atau lainnya, selama hal tersebut berhubungan dengan upaya pengubatan. Dalam al adab asy-Syar’iyyah, Ibnu Muflih menyatakan, “Jika ada seorang wanita sakit dan tidak dijumpai orang yang mengubatinya selain seorang lelaki, maka boleh bagi lelaki itu mengubatinya dan melihat apa yang memang diperlukan untuk diperiksanya, bahkan sampai bahagian kemaluan sekalipun.” Pendapat yang sama juga diutarakan al-Qadhi, serta Abdullah Ibnu Zubair dalam Fathul Qodir. Bahkan apabila sampai mengancam jiwa si pesakit perempuan tersebut, menurut guru besar UIN Syarif Hidayatllah, Prof. DR. Huzaemah Tahido Yanggo menjadi wajib hukumnya. Kerana prinsip dasar dalam Islam harus bersandar pada maqashidus syari’at, yang salah satunya adalah keharusan menjaga keturunannya. Seperti yang terjadi dalam permasalahan Sofiah dan Nadiah. Sebab itu, sepanjangan sifatnya demi pengubatan dan memang sudah tidak lagi ada doktor perempuan, berubat pada doktor lelaki dibenarkan. Namun upaya pengubatan ini hendaknya dilakukan secara ketat. Dengan kata lain, menggunakan jasa doktor lelaki bagi pesakit wanita dilakukan sepanjang tidak boleh ditemukan doktor wanita pula. Sebagaimana guru besar Al Azhar Kaherah, Syeikh Atiyah Shaqar, dalam Su’al wal jawab lil Mar’atil Muslimah yang dialihbahasakan Tanya Jawab masalah Wanita, menyatakan bahawa ia melarang doktor lelaki menangani penyakit wanita atau membantu kelahiran anak, kecuali bila memang sudah tidak boleh lagi dijumpai doktor wanita yang ahli dalam menangani penyakit ini.
Darurat, Bukan Memperlonggar
Kelapangan syariat yang dilatarbelakangi adanya keadaan darurat tentunya tidak menjadikan sikap penyederhanaan masalah atau berlebihan dalam menyikap keadaan ini. Sebab itulah para doktor harus bersikap hati-hati (ihtiyath) dengan melihat rambu-rambu yang sudah digariskan para ulama. Kerana itu, diutamakan memakai khidmat doktor wanita berbanding doktor lelaki. Terlebih bila harus melihat anggota badan yang termasuk aurat wanita. Kalaupun memang harus memakai khidmat doktor lelaki, hendaknya ia orang yang terpercaya, ditemani saksi atau mahram saat doktor mengubati pesakit wanitanya.
Seterusnya dapatkan Hidayah keluaran Disember 2009...
Sunday, December 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment