MALAYSIA negara Islam, bukan itu sahaja, tetapi Islam juga menjadi agama rasmi negara ini. Jangan ada orang pertikaikan perkara ini. Ia termaktub dalam perlembagaan. Walau pun begitu, Malaysia membenarkan non-muslim menjalankan kegiatan ibadahnya. Mereka boleh bina kuil, boleh bina gereja, boleh bina tempat ibadah agama masing-masing. Malaysia tidak buat apa-apa tegahan. Begitulah hebatnya pemimpin-pemimpin Islam Malaysia memberi peluang dan membenarkan semuanya ini. Dasar demokrasinya begitu hebat, sehingga masalah agama pun didemokrasikan sekali. Cuba kita singkap sejarah negara-negara lain sebagai “negara Islam”. Hal-hal serupa ini tidak wujud. Sebagai contohnya ialah Pemerintah Arab Saudi. Negara ini adalah negara Islam. Negaranya melarang membangun tempat-tempat ibadat di Semenanjung Arab bagi orang-orang non-muslim.
Kerajaan Arab Saudi melarang membangun gereja, kuil dan lain-lain sebagainya di atas buminya. Soalnya, Islam melarang pembangunan tempat-tempat ibadah bagi orang-orang non-muslim di atas tanah Semenanjung Arab, sebagaimana juga Islam melarang memberikan hak kewarganegaraan di Semenanjung Arabia bagi orang non-muslim. Kerajaan Arab Saudi sebagai negara Islam yang memiliki tanggungjawab agama menetapkan tempat-tempat suci berdasarkan syariat, iaitu melarang pembangunan tempat-tempat ibadat bagi orang non-muslim di atas tanah-tanah Wilayah kekuasaannya. Seperti yang telah diketahui, masyarakat antara bangsa pada zaman sekarang ini terdiri dari beberapa negara yang memiliki kekuasaan terhadap wilayah-wilayahnya dengan perbatasan-perbatasan yang telah diakui. Adalah merupakan hak setiap negara untuk menerapkan aturan atau undang-undangnya terhadap seluruh rakyatnya dan orang-orang yang tinggal di dalamnya. Adalah dilarang juga menerapkan aturan atau undang-undang asing di wilayah kekuasaannya, kecuali yang sesuai dengan undang-undang dasarnya dan aturan-aturan umumnya. Syariat Islam tidak mencegah atau pun melarang hak manusia dalam soal keyakinan dan dalam menjalankan syiar-syiarnya. Oleh kerana itulah, pemerintah Arab Saudi yang selalu setia kepada syariat Islam dalam urusan politik di luar mahu pun di dalam negeri, tidak menentang resolusi antarabangsa yang berhubung dengan prinsip-prinsip umum mahu pun khusus terhadap hak-hak asasi manusia dalam bidang kebebasan keyakinan serta menjalankan syiar-syiarnya. Kadang-kadang ada juga terjadi perselisihan sekitar pemahaman dalam bidang penerapan prinsip-prinsip tersebut, tatacara pelaksanaan dan batasan-batasan yang tidak boleh dilanggar dalam masalah ini. Tetapi tidak seorang pun yang berhak untuk memaksa sesuatu pemahaman yang kontroversi kepada kita. Islam melarang di semenanjung Arabia didirikan tempat-tempat ibadah selain dari Masjid dan menjalankan syiar-syiar agama di sana secara terang-terangan.
Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam “Al-Muwatha’” dari Aisyah r.a. yang menyatakan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: “Tidak ada dua agama di Semenanjung Arabia.” Syariat Islam juga menganggap sebahagian tempat di Semenanjung Arab memiliki keharaman khusus. Bagi orang non-muslim, yang Arab atau mahupun non-Arab, tidak boleh masuk tempat-tempat suci. Bahkan bagi seorang muslim sendiri juga tidak boleh merosak kehormatan tempat-tempat suci tersebut, walau pun hanya berburu binatang atau pun mencabuti rumput-rumput atau pun tumbuhan di dasarnya.
Seterusnya dapatkan Hidayah keluaran Disember 2009...
Sunday, December 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment