Agama memang teliti; bukan hanya mengulas mengenai ibadah lazim sebagaimana kita ketahui, namun juga memerhatikan hal-hal yang berkaitan dengannya. Sampai persoalan macam-macam cairan yang keluar dari alat kemaluan kita pun tak luput dari pembahasan. Apalagi, kalau bukan soal air mani, air mazi dan air wadi. Dalam agama, jika anak sudah menginjak usia baligh (ditandai dengan mimpi basah bagi lelaki atau kedatangan haid bagi perempuan), mengetahui ketiga hal tersebut adalah penting. Pada usia baligh, anak biasanya telah mengalami beberapa perubahan fizik. Di antara perubahan itu adalah perkembangan fungsi serta fizik organ bagi lelaki dan perempuan. Ketika mereka telah baligh itu sama ertinya telah dikenai tanggungjawab (mukallaf), yakni tanggungjawab apa saja yang telah diatur sedemikian rupa oleh agama, seperti dalam rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam. Jika menyangkut soal ibadah tentu tak boleh dipermudahkan. Sebab terkait dengan syarat dan rukun. Ketika salah satu syaratnya tidak terpenuhi, maka ibadah yang dilakukan pun menjadi sia-sia. Jadi, baik syarat dan rukunnya semua harus terpenuhi. Begitu pun dalam solat. Apa saja yang menjadikan sahnya solat, mesti diketahui oleh orang yang sudah menginjak baligh. Bila tidak, tentu menjadi masalah yang serius, di antaranya adalah bersuci lebih dahulu; baik badan, tempat bersolat, mahupun pakaian. Tidak boleh satu pun di antara ketiganya dalam keadaan najis sewaktu menunaikan solat. Bila ada satu yang tidak terpenuhi kesuciannya, maka solatnya pun dipastikan tidak sah. Bersuci adalah syarat mutlak bagi seseorang yang hendak bersolat. Maksud bersuci adalah terbebas dari hal-hal yang najis serta hadas kecil dan besar. Sebagaimana kita ketahui, najis banyak ragamnya dan tata cara untuk menyucikannya pernah dibahas sebelumnya, akan tetapi edisi kali ini hanya fokus menyoroti ketiga cairan yang keluar dari alat kemaluan lelaki dan perempuan. Kenapa ketiga cairan tersebut perlu diulas? Kerana masing-masing punya identiti yang berbeza. Ketika kita membicarakan soal mani (sperma), maka tidak serta merta status hukumnya seperti air mazi atau air mani. Meski sama-sama cairan yang keluar dari alat kemaluan, namun ketiganya mempunyai ciri yang berbeza.
Dari Sudut Hukum
Ketiga istilah tersebut memang sering kita dengar dalam kajian fikih. Akan tetapi, dalam keadaan sebenarnya, mungkin tak sedikit orang yang mengabaikannya. Boleh jadi lantaran menganggapnya hal yang biasa atau remeh, seperti air kencing biasa atau menghukumi seperti air mani. Padahal cairan-cairan tersebut mempunyai implikasi yang signifikan berkaitan ibadah. Seseorang wajib mandi janabah apabila mengeluarkan sperma [mani], baik sengaja atau tidak sengaja atau kerana terjadi hubungan suami isteri meskipun tidak sampai mengeluarkan mani. Jika tidak mandi junub (lelaki dan perempuan) terlebih dahulu, maka solatnya dianggap tidak sah kerana ia masih menanggung beban yang hanya boleh disucikan dengan mandi junub. Berbeza dengan seseorang yang mengeluarkan air mazi atau air wadi. Orang tidak wajib mandi janabah, tetapi keluarnya mazi atau wadi tersebut membatalkan wuduk. Hukum air mazi dan wadi pun seperti najis yang harus dibersihkan. Kerana itu, apabila ada yang sedang tidur kemudian mengeluarkan mazi saat tidur, ia hanya wajib membersihkan pakaian atau anggota badannya yang terkena mazi tersebut dan berwuduk jika mahu mendirikan solat. Dan seseorang yang mengeluarkan mazi atau wadi saat sedang dalam keadaan solat, maka solatnya menjadi batal dan ia harus membersihkan pakaian atau anggota badannya yang terkena mazi atau wadi tersebut, kemudian berwuduk dan mengulang solatnya kembali dari awal.
Perbezaan dan Cirinya
Agak rumit memang membezakan ketiganya. Hanya saja, jika melihat dari latar belakang keluarnya ketiga cairan ini, maka kita boleh membezakannya jenis yang timbul akibat cairan yang keluar itu; apakah menyebabkan mandi wajib ataukah cukup membersihkan yang terkena pancutannya?
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2010 di pasaran...
Sunday, July 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment