Nabi s.a.w. awal-awal lagi sudah bercerita tentang manusia akhir zaman. Banyak perilaku dilakukan oleh mereka. Mereka tidak ada hati perut. Mereka melakukan semuanya berlawanan dengan suruhan Allah s.w.t. dan Rasulnya. Rasulullah s.a.w. bercerita di akhir zaman nanti ada manusia yang berhati syaitan. Kata Nabi s.a.w., mereka macam juga serigala ganas. Mereka tidak punya sedikit pun ada belas kasihan sesama manusia. Mereka betul-betul macam binatang buas di hutan, dimana binatang-binatang kecil yang sepatutnya dilindunginya, sebalik dibahamnya. Apa yang disebutkan oleh Rasulullah itu sudah pun terjadi sekarang. Ada golongan manusia diamanahkan, tetapi amanah itu dikhianati. Ada manusia diminta bersikap baik terhadap orang dibawahnya, tetapi mereka bersikap kejam. Ada manusia membakar sesama sendiri. Mereka tidak ada belas kasihan. Ada manusia di zaman mutakhir ini tergamak membelah perut manusia lain semata-mata untuk membalas dendam dan kes-kes lain. Ada manusia yang kerjanya menyamun dan merompak sanggup untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang di luar peri kemanusiaan. Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang? Sebahagian besar yang menggunakan kenderaan awam dan kemudahan awam menjadi mangsa. Ada diantaranya di bawa dikawasan gelap kemudian dirompak dan dirogol. Ada diantara dilakukan dengan membogelkan penumpa+ngnya yang akhir sekali yang kemudian mengambil gambar-gambar orang itu. Berlakunya kejadian itu kerana undang-undang kita terlalu longgar. Penjenayah-penjenayahnya tidak dihukum dengan seberatnya sebagaimana negara-negara lain lakukan.
Kisah ‘Mat Rempit’ atau ‘Mat Samseng’ pun sekarang sudah menjadi isu polis dan pihak berkuasa. Dulu, Mat Rempit sekadar bawa motorsikal dan berlumba di tengah malam, tetapi lain pula caranya. Cara baru sekarang dengan merempuh sekatan polis. Kemudian melanggar polis itu sendiri. Semakin hari semakin berani dan semakin “kurang ajar”. Sesudah itu mereka sekarang merompak. Mereka meragut. Mula-mula kerja nakal, tetapi sekarang beralih kepada kerja jenayah. Itulah manusia zaman mutakhir, zaman akhir zaman, dimana usia dunia semakin menipis. Dalam sibuk polis menguruskan hal ini jenayah kecil seperti judi, pelacur, timbul pula cerita ada pihak lain impot wanita dari luar kemudian mengurung wanita-wanita itu untuk dijadikan pelacur. Sebelum wanita-wanita itu tiba di negara kita, ada kaki-kaki yang mencanangkan bahawa Malaysia banyak kerja dengan gaji lumayan. Bagi wanita-wanita terutama yang hidup miskin terpengaruh dengan kempen itu, dan akhirnya datang ke Malaysia sebagaimana janji kerja yang disediakan. Mereka sampai disini, mereka dikurung dan kemudian “body” mereka dijual dengan mereka yang suka “berzina”. Seolah-olah rakyat negara kita “suka berzina”. Apa tidaknya, semua para pelacur dari luar “berlonggok” di sini untuk cari makan. Sebagaimana yang disebutkan awal-awal tadi, masalah undang-undang kita terlalu “ringan”. Kadang-kadang jenayah yang dilakukan oleh mereka terlalu berat, tetapi dendanya ringan sahaja. Misalnya, kisah Mat Rempit, setelah ditahan diperiksa didapati semuanya lengkap dengan lesen, insuran berbayar dan lain-lain lagi, maka Mat Rempit dilepaskan dengan saman biasa. Esok malam, Mat Rempit buat lagi kerja-kerja yang sama. Tangkap lagi, saman dan Mat Rempit bayar dan berlakulah yang tidak habis-habis. Kalau ada undang-undang yang keras dan ketat dengan mengenakan hukuman yang berat, tentulah Mat Rempit tidak berani lagi mahu melakukan kali kedua dan seterusnya. Begitu juga pelaku-pelaku jenayah sama ada yang besar mahu pun yang kecil, seharusnya dikenakan hukuman yang berat. Paling tidak pun mesti ada didalamnya hukuman sebat. Hukuman sebat merupakan satu hukuman yang paling digeruni dan ditakuti oleh penjenayah-penjenayah. Sebat akan meninggalkan kesan yang paling mengerikan. Khabarnya, mereka yang menjalani hukuman sebat ini rasa “Serik” untuk melakukan dimasa-masa akan datang.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2010 di pasaran...
Sunday, July 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment