Thursday, March 13, 2014

Polis Wanita British Bertudung Selepas Peluk Islam

Kebelakangan ini sejumlah media di Indonesia heboh melapurkan wacana polis wanita memakai tudung. Ada yang setuju, ada pula yang menolaknya. Keduanya memiliki dalil dan alasan yang berbagai. Namun, jika wacana ini kemudian ditentang, terdengar ironi pula bila melirik negara-negara di Eropah yang minoritinya muslim tapi justeru mengizinkan polis wanitanya memakai tudung dan berpakaian seragam menutup aurat.
Salah satunya adalah British. Penguasa negara ini mengizinkan Polis wanita mengenakan pakaian menutup aurat. Salah satu polis wanita yang hingga kini masih mengenakan jilbab adalah Jayne Kemp. Di tengah tugasnya yang padat dan aktiviti yang tinggi, ia tidak menjadikan berjilbab sebagai halangan. Bahkan, ia merasa senang, kerana berjilbab merupakan bukti kecintaannya kepada Islam, yang baru saja ia anuti itu.
Ya, Jayne Kemp adalah seorang mualaf (saudara baru). Ia secara rasmi menjadi muslimah pada April 2012 lalu. Kepada akhbar berita di England, The Sun, ia menceritakan bahawa ia memeluk Islam bukan kerana ketertarikannya pada Islam, atau ia mencari-cari agama kemudian memperbandingkannya. Tetapi, ia menjadi muslim kerana sangat mencintai ajaran-ajaran yang dimiliki dalam agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad pada 14 abad silam. Salah satu konsep agama Islam yang ia sukai adalah Islam sangat menghargai orang dan menempatkan setiap anak manusia secara terhormat dan bermartabat. “Islam mengajarkan kepada umatnya untuk saling mencintai, mengasihi dan menyayangi. Kepada tetangga, kawan, bahkan kepada orang yang membenci kita sekali pun,” ungkapnya, bercerita, seperti yang ditulis The Sun. Di samping konsep sayang-menyayangi, Islam juga mengajarkan konsep hormat-menghormati. Islam mengajarkan nilai-nilai luhur seperti berbuat baik kepada tetangga, menghormati ibu bapa dan orang-orang tua, dan menyayangi yang lebih muda. Sebelumnya Jayne mengira bahawa Islam tidak menghargai kaum wanita. Wanita dalam Islam itu teraniaya dan tidak mendapat tempat yang terhormat. Ternyata semua itu adalah salah. Islam justeru sangat memuliakan kaum wanita. Islam sangat menghargai dan menjunjung tinggi harkat dan martabat kaum wanita. Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadisnya menempatkan penghormatan seorang anak kepada ibu tiga kali ganda dari penghormatan seorang anak kepada ayahnya. Islam juga mengharuskan kaum wanita berhijab, yang tujuannya bukanlah  untuk menghalang-halangi gerak-geriknya, melainkan demi menjaga kehormatan wanita itu sendiri. Dengan berhijab, seorang wanita kian terhormat dan tidak mudah diganggu oleh kaum laki-laki. Seorang polis wanita yang cantik, kemudian berpenampilan seksi, tentu akan mudah menjadi objek jenayah. Namun, apabila seorang wanita dibalut dengan hijab, maka dengan sendirinya, wanita itu terlindungi dan tidak terdedah kepada objek seks.

Berawal dari Tugas
Jayne menceritakan bahawa aktivitinya yang padat dalam menangani kes-kes jenayah menjadi awal pertemuannya dengan Islam. Ceritanya bermula saat ia bertemu kes kekerasan rumah tangga seorang wanita di Eccles, Salford. Ia berupaya membantu wanita yang datang ke pejabatnya itu. Ketika itu, Jayne mengaku sama sekali tidak memiliki niat untuk melakukan perbandingan agama, atau mengorek-orek agama lain. Waktu itu ia sedang dihadapkan dengan kes seorang wanita, yang sedang mengalami permasalahan rumah tangga yang pelik. Wanita itu tak lain adalah seorang muslimah. Kes yang ia hadapi mahu tak mahu mengharuskannya mengetahui hal-hal yang terkait dengan ajaran Islam. “Saat itu saya tidak sedang mencari agama apapun, tetapi setiap pertanyaan yang saya jawab untuk wanita itu tentang Islam, saya hanya boleh menjawab lima saja,” kata Jayne Kemp dikutip dari Manchester Evening News. Untuk membantu mengungkap kes wanita yang sedang ia tangani tersebut, Jayne perlu mengetahui penyelesaian dan pemecahannya dalam Islam. Polis wanita berusia 28 tahun itu kemudian berdiskusi dengan seorang muslim yang ia temukan melalui jejaring sosial di Twitter. Tak cukup di dunia maya, Jayne semakin tertarik mengetahui lebih jauh tentang Islam. “Di tempat saya bekerja di Eccles, di sana ada sebuah masjid besar dan populasi muslim yang besar, jadi saya fikir saya harus mencari lebih banyak tentang kes yang membelit wanita yang ia tolong,” ujarnya. Dari diskusi-diskusi itulah ia kemudian secara perlahan mulai memahami Islam. Padahal, kala itu, ia bertanya tentang Islam kepada wanita muslim di British untuk memecahkan kes wanita yang sedang ia tangani. Tapi, lambat laun, ia justeru mulai tertarik dengan Islam. “Saya rasa saya jatuh cinta dengan Islam.” Hari demi hari yang dilalui Jayne dengan pengetahuan barunya mengenai Islam semakin membuat polis wanita itu menyukai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu. Hingga akhirnya ia memutuskan menjadi seorang muslimah. Ia pun berikrar. Tak hanya ber    ikrar, sebagai bukti bahawa ia sangat benar-benar ingin mengamalkan ajaran agamanya, ia kemudian memutuskan berjilbab. Namanya pun berganti menjadi Aminah. Nama ‘Aminah’ tak lain adalah nama bonda dari Nabi Muhammad s.a.w. Ia berharap, setelah dia menjadi seorang muslimah, ia bakal menjadi seorang wanita sekaligus ibu yang melahirkan orang hebat di muka bumi, seperti Nabi Muhammad s.a.w. Keislaman Jayne diterima oleh keluarga dan rakan-rakan kerjanya. Namun, ia juga tidak akan memaksa kedua anaknya untuk masuk Islam, sebagaimana memang tidak ada paksaan untuk masuk agama Islam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2014 di pasaran...

No comments: