Thursday, March 13, 2014

Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat  Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Dunia artis adalah dunia yang penuh ‘glamour’. Dunia yang penuh puja dan puji. Dunia yang penuh suka dan duka. Dari manusia awal mengenal hiburan hingga kini dan menjelang kiamat, dunia hiburan akan terus mengelabui mata para peminatnya hingga ajal memanggil. Artis dimana-manapun memainkan peranan dalam menerajui hiburan yang tak pernah habis-habis ini. Ianya menguasai hampir seluruh kehidupan masyarakat melalui media cetak dan media letronik sampai ke bilik tidur hampir setiap rumah. Hebatnya artis ianya disokong dan dilambung-lambung oleh para wartawan hiburan melalui kolom masing-masing di media akhbar, majalah dan tv. Maka terbuailah artis dalam dunia glamour ini. Yang artis lelaki dengan cara dan gaya ‘hansemnya’, artis perempuan pula dengan gaya seksinya selak sana, selak sini. (Baca ruangan PAK SYEIKH halaman 122) Namun kita mengajak berhenti sejenak bermuhasabah diri. Sejauh manakah dunia gemilang penuh warna warni itu dapat memberi manfaat apabila kita (artis) sudah berada di alam akhirat nanti. Muaz bin Jabar r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak dapat bergerak kaki seorang hamba sehingga ditanya tentang empat hal: Umurnya digunakan untuk apa sampai habis. Dan badannya dalam apa ia rosakkan. Dan ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan). Dan hartanya dari manakah dia dapat dan kemanakah ia keluarkan (belanjakan).” Astaghfirullah...! Beratlah lidah untuk menjawabnya dan anggota badanlah nanti yang berkata-kata. Inilah tubuhku yang kudedah-dedahkan untuk memikat peminat. Inilah tanganku yang memeluk anak isteri orang demi dunia seniku dan sumber rezekiku... dan sebagainya.
Marilah kita bermuhasabah diri masing-masing (artis dan kita-kita ini juga). Ingatlah mati yang datang bila-bila masa saja. Dengarlah kata-kata motivasi berikut ini. Abu Bakar Al-Wasithi berkata: “Keuntungan yang besar itu dalam tiga hal: Hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat kepada Allah, dan keuntungan mati bila ia mati dalam kalimah syahadah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya.” Subhanallah! Mahunya kita berada dalam golongan seperti itulah, amin. Betapa beratlah kalam ini untuk menulis di ruangan ini. Namun demi kesempatan berdakwah yang dibenarkan semoga apa yang dipaparkan dapat menjentik hati para insan dalam mengilap keimanan masing-masing. Semoga ruangan ini me
Wasalam!

Pengarang
Suhaimi Hamid
njadi saksi kepada diri saya di akhirat kelak bahawa saya telah menyampaikan nasihat kepada mana-mana yang berkenaan semata-mata untuk mendapat keredhoanMu Ya Allah. Terima kasih kepada para pembaca budiman dan kita bertemu lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.

No comments: