Orangtua (ibu & bapa) itu mata air spiritual pertama. Saat mereka lelap dalam tidurnya, tatap lekat-lekat wajahnya. Telusuri gurat-gurat lelahnya kerana telah bersusah payah demi anda, anaknya yang tidak akan pernah dapat membalas jasanya seumur hidup anda. Lihat dekat-dekat tubuhnya yang mulai dimakan usia. Uban di rambutnya. Keriput kulitnya. Gelambir tubuhnya. Semua mulai haus dimakan zaman; dan anda, barangkali, tidak akan pernah mengembalikanya. Anda mungkin saja tak akan mampu membahagiakannya secara utuh, lahiriah dan batiniah. Sebab, kasihnya abadi, pemberiannya tidak bertepi. Sementara anda selalu merasa kurang puas atas laku mulianya. IBU. Dialah syurga pertama. Kala ia hanyut dalam mimpi lelahnya kerana memikirkan anda, anak kesayangannya, pandangi dalam-dalam perjuangan fiziknya melahirkan anda ke dunia. Rasa sakitnya yang tak terperi demi anda, si benih bayi. Ia merintih menahan pedihnya gejolak janin yang kelak mewujud menjadi putera-puterinya: Anda. Setelah itu, ia masih berjihad membesarkan anda dalam buaian dan asuhan yang terbaik semampu mereka, dengan segenap tenaga yang dimiliknya, dengan sehabis-habis kemampuan yang dimiliknya. Dialah madrasah pertama hidup anda seutuhnya. Dialah yang menanamkan benih-benih kebaikan dari jiwanya. Anda belajar sabar darinya. Kesetiaan. Ketulusan. Perhatian. Pengertian. Dan segala kebaikan yang kelak menyedarkan [atau belum] menyedarkan anda. Dia, perempuan syurga anda, memang tidak secerdas dan sepintar anda. Dia juga barangkali belum pernah mencecap senarai ilmu yang kini anda ketahui dan fahami. Bukan manusia sekolahan seperti anda. Tapi, justeru kerana dialah, anda boleh memilikinya; ijazah dan gelar berjela yang menaikkan kedudukan anda. Bahkan, ilmu yang tidak anda alami di bangku sekolah, justeru saripatinya boleh anda dapatkan padanya; kebijaksanaan hidup yang bahkan kata pun tak mampu merangkainya. Kerana dialah anda akhirnya mengada. Dan anda? Sudahkah anda mengikuti jejak mulianya dalam meniti hidup anda. AYAH. Dialah pahlawan. Jika ia sedang mendengkur dalam tidurnya, dengarkan dengan sepenuh hati iramanya. Hmm... Harmoninya sungguh menyebalkan, barangkali. Tapi rasakanlah dengan kalbu anda dalam notasinya itu ada fikiran yang tak pernah padam tentang anda. Ada kerja keras dari hujung kaki hingga hujung helai rambutnya yang mulai berwarna perak atau benar-benar kelabu semua. Ada tanggungjawab yang terus-menerus dipikulnya demi kebaikan anda hingga sekarang ini. Dia, lelaki juara satu anda, mungkin, bukan lelaki salih, bukan tokoh agama, bukan orang kaya, bukan manusia yang namanya boleh melonjakkan posisi dan taraf anda, tapi kerana dialah anda dapat menikmati makanan dalam pelbagai rasa, boleh berpakaian layak dan bersih, dapat menikmati rumah, tempat merajut mimpi-mimpi indah. Kerananya, anda boleh mengenal A-B-C-D kehidupan, baik di dalam bidang pendidikan, mahupun tidak. Padanya: Anda belajar tanggungjawab, kerja keras, dan kasih sayang yang tak terhurai dalam rumusan bahasa dan buku-buku sekolah. IBU dan AYAH. Merekalah mata air spiritual yang memang tak akan pernah lekang dimakan zaman.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2012 di pasaran...
Tuesday, March 13, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment