Thursday, March 13, 2014

Khasiat Labu Bagi Kesihatan

SETELAH kalah undian di atas kapal, Nabi Yunus a.s.  menceburkan diri ke dalam laut. Tapi, usia Nabi Yunus tak berakhir sampai di situ. Baginda  diselamatkan ikan; ditelan, dibawa berputar-putar di lautan, dan akhirnya dimuntahkan di dataran tandus. Tak ada tanaman di daratan itu. Tak berpenghuni. Nabi Yunus ingin bangkit, tetapi beliau tidak memiliki kekuatan. Dia lemah. Sakit. Allah lalu menumbuhkan pohon (dari jenis) labu di daratan tandus itu. Allah menyelamatkan Nabi Yunus dari kesempitan dan kesengsaraan. Dari kisah itu, dapat dipetik satu pelajaran bahawa Allah menumbuhkan pohon (dari jenis) labu di daratan itu (supaya boleh dimakan Nabi Yunus), tentu bukan tanpa maksud tertentu. Ada khasiat  yang dikandung dari labu tersebut.

Khasiat Labu
Rupanya, benar. Dari berbagai penelitian, labu ternyata memiliki setumpuk manfaat dan khasiat. Kerana buah ini banyak mengandung karotenoid (betakaroten), vitamin A, vitamin C, serat, mineral, lemak dan karbohidrat. Salah satu khasiat dari labu itu adalah air buah labu, ternyata boleh jadi penawar racun binatang berbisa. Sementara, biji labu dapat digunakan untuk mengubati cacing pita. Isi buah labu boleh menjadi penangkal kanser -kerana diyakini mengandung antioksidan. Sedangkan labu kuning, salah satu spesies labu, dapat dimanfaatkan untuk ubat penyakit diabetes mellitus (kencing manis), penyempitan pembuluh darah, jantung koroner, dan darah tinggi. Salah satu pakar kesihatan, Profesor Hembing Wijayakusuma, bahkan berpendapat bahawa selain dapat mengubati tekanan darah tinggi, labu juga memiliki khasiat atau manfaat untuk menurunkan panas, mengubati diabetes, dan memperlancar proses pencernaan.

Rasulullah Makan Labu
Suatu hari, seorang penjahit mengundang Rasulullah untuk makan. Anas r.a. bercerita, “Aku berangkat bersama Rasulullah menghadiri jamuan makan tersebut. Kepada Rasulullah, si penjamu menghidangkan roti dari gandum, serta kuah berisi labu, dan dendeng. Aku melihat Rasulullah mencari labu dari sepiring mangkuk kuah itu.’” (HR. Muslim) Dalam satu riwayat juga disebutkan bahawa Rasulullah pernah meminta isterinya, Aisyah untuk memperbanyak masak buah labu. Sebab labu berkhasiat boleh mengubati hati yang sedih. Hal itu sebagaimana teks sebuah hadis -riwayat Hisyam bin Urwah dari Ayahnya, dari ‘Aisyah - “Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku, Wahai ‘Aisyah! Apabila engkau hendak memasak di dalam tungku (sebuah masakan), maka perbanyaklah buah labu di dalamnya, kerana sesungguhnya ia dapat (berkhasiat) menguatkan hati yang sedih (sakit).”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2014 di pasaran...

1 comment:

SISBRONIES said...

X boleh share heh?