SUATU ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t.: “Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.” (Surah An-Naba’: 18) Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan dikeluarkan, dikumpulkan berbaris-baris. Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Dikeluarkan dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
BARISAN KEDUA
Dikeluarkan dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meninggalkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
BARISAN KETIGA
Dikeluarkan mereka berbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
BARISAN KEEMPAT
Dikeluarkan dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli.
BARISAN KELIMA
Dikeluarkan dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah s.w.t. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu kententeraman di Padang Mahsyar. Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah s.w.t., maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
BARISAN KEENAM
Dikeluarkan dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
BARISAN KETUJUH
Dikeluarkan dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2011 di pasaran...
Sunday, March 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment