Setiap orang hidup pasti mempunyai masalah. Tidak ada orang hidup di dunia ini tanpa memiliki masalah. Ada yang besar, ada yang kecil. Ada yang terasa berat untuk dihadapi, dan ada pula yang terasa ringan untuk dijalani. Hidup itu sendiri adalah sebuah ‘masalah’, iaitu sesuatu yang harus diselesaikan. Yang membedakan adalah bagaimana seseorang menghadapi suatu masalah. Tentu saja, sebagai umat Islam kita hendaknya menteladani tokoh manusia sempurna di muka bumi ini. Ia tak lain adalah Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang ia lakukan ketika menghadapi masalah? Hal apa yang ia lakukan ketika mendapat khabar tak baik? Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w. Ia menyebutkan bahawa jika tertimpa sesuatu yang mengejutkan, maka yang pertama dilakukan Nabi s.a.w. adalah solat. Hadis dari Abdullah Ibnu Abbas juga menyebutkan demikian. Saat Nabi s.a.w. sedang melakukan perjalanan bersama para sahabat, Ibnu Abbas memberikan khabar tentang kematian puterinya. Nabi s.a.w. diminta untuk pulang. Nabi s.a.w. menjawab, “Aurat ditutup Allah, keperluan hidup dicukupkan Allah, dan pahala dilimpahkan Allah.” Nabi s.a.w. lalu mengucapkan kalimat istirja’, iaitu kalimat Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raaji’uun. Selesai mengucapkan itu, Nabi s.a.w. menyingkir dalam jalan, lalu melaksanakan ibadah solat. Kata Nabi s.a.w., “Hatiku merasa tenteram bila sedang solat.” Setelah itu, Nabi s.a.w. menuju ke untanya seraya membaca ayat ini: “Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (QS. Al-Baqarah: 45)
Menurut sejumlah ulama tafsir, ayat di atas turun ketika Nabi mendapatkan khabar tentang kematian puterinya itu. Hal ini ditegaskan Syeikh Ismail Haqqi al-Burusywi dalam Kitab Tafsir Ruhul Bayan. Sementara itu, Ibnu Katsir, ulama ahli tafsir, berpandangan lain. Ayat ini turun ketika Nabi s.a.w. mendengar khabar kematian Qatsam. Ibnu Jarir meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada ‘Uyainah bin Abdurrahman, dari ayahnya bahawa Ibnu Abbas memberitahukan kepada Nabi s.a.w. ehwal kematian Qatsam, ketika Uyainah dalam perjalanan. Kemudian Nabi membaca: Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raaji’uun. ‘Uyainah menepi dari jalan lalu berdiam. Kemudian turunlah ayat tersebut. Terlepas dari perbedaan soal asbabun-nuzul ayat tersebut, yang jelas, ayat tersebut turun ketika Nabi s.a.w. mendengar khabar tak baik. Nabi s.a.w. menjadikan khabar buruk sebagai momentum untuk kian dekat kepada Allah. Nabi s.a.w. melaksanakan solat bila mendengar khabar tak bagus. Ali bin Abi Thalib juga menceritakan bahawa ketika umat Islam tengah berada dalam Perang Badar, Nabi s.a.w. menjadikan solat sebagai gerak untuk meminta pertolongan kepada Allah. Di saat malam tiba, di saat umat Islam terlelap dalam tidurnya, Nabi s.a.w. justeru melaksanakan solat hingga Subuh. “Menurut penglihatan kami pada malam Perang badar, orang-orang pada tidur, kecuali Rasulullah. Baginda solat dan berdoa hingga subuh.”
Tiga Kata
Dari ayat di atas, ada tiga kata kunci yang harus kita perhatikan, iaitu sabar, solat dan khusyuk. Ketiga kata kunci ini memiliki keterkaitan yang sangat erat sekali. Pesan sederhananya seperti ini: kalau kita sedang menghadapi masalah, maka jadikanlah sabar dan solat sebagai cara untuk menghadapinya. Tapi, harus diakui pula, bahawa sabar dan solat bukanlah hal enteng. Itu berat sekali. Maka, jalani kedua cara itu dengan khusyuk. Kira-kira seperti itu! Sabar (as-shabr) sendiri adalah keadaan kejiwaan dimana seseorang menahan dirinya dari sesuatu yang tidak berkenan di hati. Sabar juga bererti ketabahan. Ibnul Mubarak berkata dengan sanadnya dari Said bin Jubair. Dia berkata, “Sabar adalah pengakuan hamba kepada Allah atas apa yang menimpanya, mengharapkan redho Allah semata-mata dan pahalaNya.” Imam Ghazali mendefinisikan sabar sebagai ketetapan hati melaksanakan tuntunan agama dan menghadapi rayuan nafsu. Syeikh Ahmad Musthafa al-Maraghi, ulama tafsir asal Mesir, mengertikan sabar sebagai bentuk menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya dengan mengekang nafsu dari larangan tersebut. Menurutnya, seperti yang ia tulis dalam karya tafsirnya, hakikat sabar terletak pada mengingat janji Allah yang akan memberi pahala kepada siapa saja yang sabar dan menahan diri dari kemahuan hawa nafsu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah. Secara umum, menurut Profesor DR. Quraish Shihab, kesabaran dapat dibahagi dalam dua bahagian pokok. Pertama, sabar jasmani, iaitu kesabaran dalam menerima dan melaksanakan perintah-perintah keagamaan yang melibatkan anggota tubuh, seperti sabar dalam melaksanakan ibadah haji yang mengakibatkan keletihan atau sabar dalam peperangan membela kebenaran. Termasuk sabar dalam menerima cubaan atau ujian yang menimpa jasmani seperti penyakit, penganiayaan, dan semacamnya.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2011 di pasaran...
Tuesday, March 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment