DALAM majalah HIDAYAH beberapa keluaran yang lalu, ada disiarkan satu intisari ceramah yang disampaikan oleh Datuk Hassan Din Al-Hafiz berhubung dengan soal Bidadari. Dalam ceramahnya itu, Datuk Hassan telah menyebut tidak ada “bidadari” dalam syurga sebagaimana yang diwar-warkan oleh setengah-setengah orang agamawan. “Sebenarnya yang ada dalam syurga sebagai khadam manusia didalam syurga ialah “Malaikat”, kerana malaikat bukanlah lelaki dan bukanlah perempuan,” katanya, sambil menyambung: “Tokoh agama atau pun para ustaz kita menyalahkan tafsirkan ayat-ayat Quran yang terdapat dalam Surah Al-Waqi’ah.” Berhubung dengan soal ini saya terbaca dalam sebuah kitab yang berjudul “I’lamul Muwaqi’in” hasil karya Imam besar Syeikh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kitab tersebut mengandungi “Empat jilid” yang didalam bahasa Melayunya sudah diterjemahkan berjudul “Panduan Hukum Islam.” Dalam jilid “ke empat” kitab tersebut menerangkan mengenai bab “Fatwa-Fatwa Rasulullah s.a.w.” mengenai “ALHURUN ‘IN” Ibnu Qayyim menyebut begini:
“Dalam Mu’jam Ath-Thabrani bahawa Ummu Salamah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Nabi, beritahukan kepadaku tentang firman Allah, yang antaranya: “Dan (didalam syurga itu) ada Bidadari-Bidadari yang bermata jeli.” (al-Waqi’ah: 22). Baginda menjawab: “Hur adalah wanita-wanita yang putih, dan “’lin” adalah wanita yang bermata besar. Rambut Bidadari laksana sayap burung nazdar.” Saya berkata: “Wahai Nabi, beritahu kepadaku tentang Firman Allah yang ertinya: “Laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Al-Waqi’ah: 22). Baginda menjawab: “Kerjenihan mereka bagaikan jernihnya mutiara yang ada di dalam kulit kerang yang belum tersentuh tangan.” Saya berkata: “Wahai Nabi, beritahukan kepadaku tentang firman Allah (yang ertinya) “Didalam syurga itu ada Bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman: 70) Baginda s.a.w. menjawab: “Baik budi pekertinya dan cantik-cantik wajahnya.” Saya berkata: “Wahai Nabi! Beritahukan kepadaku tentang firman Allah (Yang ertinya): “Seakan-akan mereka telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Ash-Shaffat: 49) Baginda bersabda: “Kelembutan mereka laksana tipisnya kulit yang engkau lihat dalam telur mendekati kulit keras.” Saya berkata: “Wahai Nabi! Beritahu kepadaku tentang firman Allah: “Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waqi’ah: 37). Baginda menjawab: “Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam keadaan tua renta, dan beruban. “Allah menjadikan mereka setelah ketuaan itu gadis perawan.” “Uruban” ertinya rindu cinta “Atraban” ertinya lahirnya “bersamaan”. Saya bertanya: “Wahai Rasul, mana yang lebih utama wanita di dunia atau Bidadari?” Baginda menjawab: “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada Bidadari-Bidadari bermata jeli, seperti keutamaan bahagian luar daripada bahagian dalam.” Saya bertanya: “Dengan sebab apa hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Sebab solat mereka, puasa mereka, dan ibadah mereka, Allah menerangi wajah mereka dengan cahaya, dan memakaikan sutera pada tubuh-tubuh mereka. Putih-putih warnanya. Hijau-hijau pakaiannya. Kuning-kuning perhiasannya. “Pendupaan mereka terbuat daripada mutiara. Sikat mereka terbuat dari Emas. Mereka berkata: “Kami kekal. Maka kami tidak mati. Kami mendapat kenikmatan, dan kami tidak mendapat musibah selamanya. “Kami menetap, dan kami tidak akan berpindah selamanya. Kami puas, kami tidak akan benci selamanya. Beruntunglah lelaki yang memiliki kami dan menjadi milik kami.” Saya bertanya: “Wahai Nabi! Sebahagian daripada kami ada yang menikah dengan dua atau tiga orag suami, lalu dia mati, dan masuk syurga dan diikuti suami-suaminya. Siapa yang menjadi suaminya?”
Baginda menjawab: “Hai Ummu Salamah, dia suruh memilih lalu dia akan memilih lelaki yang paling baik budi pekertinya.”
Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2011 di pasaran...
Tuesday, March 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment