MALAM Ramadan tahun lalu di kota Palembang menghadirkan suasana syahdu yang menyejukkan. Kota Palembang adalah kota yang memiliki akar keislaman kuat di pulau Sumatera, tak hairan suasana keislaman begitu bersemarak dengan pelbagai kegiatan Ramadan, seperti solat Tarawih dan majlis tadarus Quran.
Hari itu adalah malam ke-19. Seorang pelajar pondok bernama Muhammad Alvi Syahrin menyimpankan motosikalnya di rumah seorang kawannya, Novel. Pada malam itu, dia bersama kawan-kawannya, juga guru hafalan al-Qurannya, Sayyid Umar bin Muhammad Al-Munawar, merancang menghadiri acara khatam Al-Quran di Madrasah Al-Kautsar yang berada di seberang sungai Musi. Kepada Novel, Alvi, sebenarnya, memberitahu dia kurang sihat, tapi dia akhirnya terpaksa pergi juga, kerana ustaznya mengharapkan dia hadir dalam acara khatam Quran itu. Di antara kawan sebayanya, hanyalah Alvi, 17, yang bacaan dan hafalan Qurannya paling bagus. Anak itu dianugerahi kecerdasan yang baik hingga dalam usia semuda itu dia sudah menguasai al-Quran. Dialah satu-satunya bekas pelajar pondok Pesantren Ar-Riyadh, Palembang, tempat dia belajar bersama teman-temannya yang lain, yang sudah menghafalkan al-Quran saat masih duduk di bangku Aliyah kelas 2. “Pada malam itu, saya menjadi imam Tarawih di Masjid Darul Muttaqin dan Alvi menjadi imam di Masjid Sungai Lumpur. Setelah itu, saya SMS ke Alvi: ‘Alvi malam ini juz ke-19, ustaz mohon kamu datang kerana teman-temanmu belum ada yang sampai ke juz itu.’ Alvi menjawab, ‘Naam, Ustaz...’” ujar Sayyid Umar, guru Tahfiz Alvi, ketika mengenang semula peristiwa itu. Malam itu, dengan menggunakan sebuah sampan, rombongan yang terdiri dari 16 pelajar pondok, 2 orang ustaz itu menuju ke Madrasah Al-Kautsar yang letaknya di seberang sungai, setelah sebelumnya berkumpul di Madrasah Al-Munawar, daerah 13 Ulu. Mereka dihantar oleh seorang tukang perahu bernama Ridwan. Jumlah orang dalam perahu itu 19 orang, seperti menyesuaikan dengan malam yang merupakan malam ke-19 Ramadan. Sesampainya di seberang sungai, mereka langsung menjayakan majlis khatam al-Quran. Malam itu terasa lain, kerana bacaan al-Quran para pelajar pondok, termasuk Alvi, sangat baik dan menyentuh hati. Juz 19 termasuk juz yang berat dalam al-Quran dan Alvi membacanya dengan sangat baik dan indah, hampir tanpa kesalahan. Alvi membaca bergantian dengan Toyyib, salah seorang murid Sayyid Umar pula. Uniknya juz 19 adalah satu-satunya juz yang dihafal Toyyib. “Juz ini memang saya tugaskan kepada dia untuk dihafal sekitar 4 bulan sebelum bulan Ramadan. Jadi Toyyib hanya hafal juz tersebut. Jadi, malam itu Alvi dan Toyyib membaca juz 19 tersebut. Sementara seorang kawannya yang lain, Juliansyah, menjadi penyimak. Juliansyah baru hafal 5 juz dan dia belum menghafal juz ke-19 tersebut,” ujar Sayyid Umar lagi.
Malam Takdir, Malam Indah
Mungkin itulah pertanda rahsia Allah s.w.t., malam itu suasana sangat khusyuk sekali. Bacaan al-Quran juga mengalun dengan baik dan menarik. Tazkirah yang disampaikan Ustaz Muhammad Ridho Assegaf pada malam itu seperti menjadi pertanda. Dia mengkaji tafsir hikayat-hikayat Quran dan saat itu kebetulan sekali dia membahas “Ashabul Qoryah”, kisah pengikut Nabi Isa a.s. yang berjumlah tiga orang. Angka tiga ini ternyata beberapa waktu kemudian memiliki makna tersendiri. Setelah para pelajar pondok dan ustaz dijamu makanan oleh pihak pengurusan Madrasah, agak aneh, Alvi menyuruh temannya untuk meminta bekas makanan milik gurunya, Sayyid Umar. Alvi adalah seorang remaja yang pemalu dan hampir tak pernah mengutarakan hal demikian sebelumnya. Sayyid Umar tentu saja memberikannya. Selepas acara tersebut, para rombongan yang menjayakan majlis khatam Quran itu pulang kembali menuju Madrasah al-Munawar dengan menggunakan perahu yang sama. Ketika itu, Alvi dan Sayyid Umar ada di bahagian depan perahu sedang Ustaz Muhammad Ridho berada di bahagian belakangnya. Sungai Musi tampak remang-remang kerana hari sudah tengah malam. Suasana terasa hening dan hampir tak terdengar suara apa pun, hanya suara air yang beriak perlahan. Untuk panduan perjalanan, para pelajar pondok itu menyorotkan lampu picit masing-masing. Perlahan, tepian dermaga dan bangunan kayu Madrasah Al-Munawar yang tepat berada di pinggir sungai pun kelihatan. Mungkin kerana merasa sudah dekat, ada beberapa pelajar pondok itu yang bergerak ke depan perahu, ketika itulah - tiba-tiba - terdengar suara bergemeretak. Bahagian depan perahu ternyata bocor dan dimasuki air. Perahu lalu menjunam ke depan dan meluncur tenggelam ke dalam sungai. Para penumpang berhamburan jatuh ke dalam dinginnya air sungai Musi. Mereka panik menghadapi keadaan yang tidak disangka-sangka itu. Sebilangan pelajar pondok itu yang boleh berenang berusaha menuju pinggiran sungai. Ustaz Umar dan Ustaz Muhammad Ridho berusaha semampu mungkin meraih beberapa pelajar dan mendorong mereka menuju pinggiran sungai. Novel, sahabat Alvi, menceritakan kepada Hidayah bahawa dia yang boleh berenang pun saat itu sangat sulit mencapai tebing sungai, kerana pakaian solat yang dia pakai cukup berat jika berada dalam air. Novel pun terselamat kerana teriakan minta tolong mereka didengar beberapa penduduk dan langsung berusaha membantunya. Novel mengaku dia juga mungkin akan tenggelam jika tak ditolongi oleh penduduk kampung. Setelah semua orang sampai di pinggir sungai, barulah disedari bahawa Alvi, Juliansyah dan Toyyib tak ada bersama mereka. Kepanikan pun kembali melanda, kerana dipastikan ketiga anak muda tersebut masih berada di dalam sungai. Menurut pengakuan Novel, Alvi baru belajar berenang, sementara Toyyib dan Juliansyah memang tidak pandai berenang. Menyedari keadaan ini, para pelajar pondok, terutama Sayyid Umar dan Ustaz Ridho, menjadi dicekam kecemasan. “Saat itulah, malam terasa menjadi siang, kerana orang-orang kampung kemudian keluar dari rumah mereka dan berusaha mencari ketiga pelajar pondok tersebut. Pihak polis dihubungi untuk membantu mengadakan usaha menyelamat. Kawasan Madrasah Al-Munawar menjadi sesak oleh manusia yang datang untuk membantu setelah mengetahui insiden itu,” kenang Sayyid Umar. Kalangan para habib dan tokoh masyarakat berusaha membantu dan mengerahkan apa saja untuk melakukan pencarian terhadap ketiga pelajar pondok yang hilang itu. Doa pun dilantunkan agar ketiga mereka dapat ditemui dan diselamatkan.
Akhir yang Syahid
Minggu pagi di hari ke-20, Ramadan 2010 itu, ratusan orang berkumpul di tepi sungai. Para petugas keselamatan sibuk melakukan pencarian dengan menggunakan perahu motobot. Tapi pencarian tak membuahkan hasil hingga malam kembali datang. Keesokan paginya baru ditemukan Juliansyah, lalu berturut-turut Alvi di siang hari dan Toyyib ditemukan terakhir pada malam harinya di daerah yang jauh dari tempat tragedi kemalangan itu. Juliansyah ditemukan terlebih dahulu di Sungai Gerong pada Isnin, 30 Ogos 2010, dan langsung dibawa ke Madrasah. Gerak cepat memang sengaja dilakukan mengingat jenazah sudah tengelam selama 2 malam. Siang hari itu, setelah sebentar diletakkan di rumah, jenazah langsung dikebumikan di daerah Nagaswidak. Syamsul Hadi, ayah Juliansyah, tampak tabah mengurus pengkebumian anaknya itu, seorang anak lelaki tunggal di dalam keluarganya.
Jenazah Alvi pula ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar pukul 2 pe-tang di kawasan Tanggatakat. Proses penemuan itu sempat membuat kejutan masyarakat dan keluarga, kerana Alvi ditemukan dalam kedudukan mendakap al-Quran. Anggota keselamatan yang menemukan jenazah Alvi sempat geleng-geleng kepala kerana ia tak pernah menemukan kejadian ini sebelumnya. Baju Alvi juga tak terlepas dari tubuhnya dan tetap menjaga kehormatannya
Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2011 di pasaran...
Monday, June 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment