SELEPAS dipinang oleh Ali bin Abi Thalib, suatu hari, Fatimah Az-Zahra, puteri kesayangan junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. berkata: “Wahai Rasulullah, gadis-gadis terbiasa meminta wang sebagai mahar. Aku berbeda dengan mereka. Aku meminta dengan hormat kepadamu agar mengembalikan [mahar] dan berdoa kepada Allah s.w.t. agar menjadikan maharku adalah hak memberi syafaat kepada mereka yang berdosa di kalangan kaum muslim [pada hari Kebangkitan].” Dan saat itu juga, malaikat Jibril a.s. turun membawa secarik kertas yang diantaranya tertulis begini: “Allah menetapkan mahar Fatimah Az-Zahra adalah syafaat bagi mereka yang berdosa di kalangan muslimin.” Dan kita tahu, sejarah kemudian mencatat, betapa Fatimah benar-benar menjalani prinsipnya itu setelah biduk rumahtangganya berjalan. Sejumlah kisahnya begitu menyentuh hati; ia yang seorang puteri Nabi dan isteri seorang tokoh sahabat r.a. begitu sabar dan hebatnya dalam hidup serba kekurangan.
Dalam buku bertajuk “Fathimah” karya Muhammad Amin disebutkan: “Suatu kali Fatimah mengadu kepada Rasulullah tentang keadaan keluarganya, “Wahai ayah, demi Allah, pagi hari ini tiada sebutir gandum pun di rumah Ali. Selama lima hari ini, tiada makanan yang masuk ke dalam mulut kami. Tiada sekerat daging kambing atau unta atau makanan lain, bahkan air minum.” Ada kisah lainnya. Dalam sebuah riwayat Imam Bukhari dituturkan: “Suatu hari Bilal, muazin Rasulullah, yang kulitnya dikatakan hitam legam itu berkata: “Saya melewati Fatimah yang sedang menggiling [gandum], sementara anaknya sedang menangis. Saya berkata kepadanya: ‘jika engkau mahu, biar aku yang memegang gilingan dan engkau memegang anak itu. Atau aku yang memegang anak itu dan engkau memegang gilingan itu.’ Fatimah berkata, ‘Aku lebih dapat mengasihi anakku daripada engkau.’ [Dinukil dari “Hadiah Pernikahan untuk Isteriku”, Muhammad Fauzil Adhim.] Tak aneh, bila Ali, dalam sebuah kesempatan bersama para sahabat lainnya, pernah berkisah; satu kisah, barangkali, yang dimaksudkan untuk mengajarkan kepada para sahabatnya. Ia berkata: “Fatimah tinggal bersamaku. Dialah anggota keluarga yang paling dicintai Rasulullah. Dia mengambil air dengan girbah [tempat air] hingga menimbulkan bekas di dadanya. Dia menggiling gandum hingga tangannya bengkak. Dia bersihkan rumah hingga pakaiannya kotor. Dia menyalakan api di periuk. Dia berusaha keras untuk mengerjakan itu semua.” Bayangkan: seorang isteri yang darjatnya dimuliakan Nabi s.a.w. itu melayari hidup yang menderita. Ia rela menjalani hidup demikian. Berani lapar. Berani hidup miskin. Berani mengerjakan semua hal urusan rumahtangga. Berani menahan gejolak nafsu. Tentu saja, sikapnya demikian, kerana suaminya juga berani hidup menderita demi keteguhan iman dan agamanya. Fatimah menerima begitu pasrah dengan iman yang tak ada tandingannya. Untuk anda, para wanita, yang sebentar lagi akan berkahwin; sedang di samping anda sudah ada lelaki salih dan baik yang siap berumahtangga, ada baiknya mengambil iktibar kepada kisah Fatimah ini. Untuk anda, perempuan yang mengaku muslimah dan hendak bercita-cita menjadi isteri yang baik, hayatilah pelajaran dari Fatimah. Buang jauh-jauh faktor material dalam daftar kriteria calon suami anda bila anda sudah menetapkan keputusan secara serius. Niatkanlah ibadah, niatkanlah perkahwinan itu bahawa anda benar-benar mencari redhoNya. Tanamkanlah di dalam kalbu bahawa anda siap menjadi ‘Fatimah’ moden, penerus prinsip-prinsip hidupnya dalam mengharungi rumahtangga. Sebab, kehidupan selepas perkahwinan akan berbeda dibandingkan sebelum pernikahan.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2011 di pasaran...
Monday, June 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment