PERNAH dengar nama ‘Laut Merah’? Bagi umat Islam yang pernah menunaikan ibadah haji atau umrah ke Tanah Suci boleh dikatakan tahu nama itu. Kerana, nama itu sangat popular sekali. Bahkan, para jemaah haji dan umrah acapkali menyempatkan diri untuk singgah dan melihatnya secara langsung. Jemaah haji dan umrah yang datang ke Tanah Suci dapat menyaksikan Laut Merah melalui tingkap pesawat sesaat sebelum pesawat yang ditumpanginya mendarat di lapangan terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Hal ini kerana Kota Jeddah memang berada di tepi Laut Merah sisi timur. Laut Merah boleh dikatakan laut yang sangat istimewa. Kerana, bukan hanya warnanya yang pada waktu tertentu terlihat merah jika dipandang dari atas, tapi juga kerana lautan yang memisahkan benua Asia dan Afrika ini menyimpan kisah tentang kebesaran Allah s.w.t. Laut Merah menyimpan kisah tentang pengikut Nabi Musa a.s. dan Bani Israel yang diburu penguasa Mesir bernama Firaun. Laut tersebut membelah dan menenggelamkan Firaun bersama-sama pasukannya. Mereka inilah nenek moyang Bani Israel, yang di masa Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah masuk dalam kelompok bangsa Yahudi. Kini, keturunan mereka pun hidup di sebuah negara bernama Israel. Pada masa Nabi Muhammad s.a.w., umat Yahudi sering disinggung Nabi sebagai kelompok yang tidak pandai bersyukur. Mereka enggan mengikuti jejak dan ajaran Nabi, meski nenek moyang mereka mengakui akan datang seorang Nabi dari bangsa Quraisy. Tapi, pada kenyataannya, mereka tetap ingkar nikmat. Kerana itu Allah s.w.t. berseru, “Dan jagalah diri Kamu dari satu hari (dimana) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun; dan tidak juga diterima syafaat dan tebusan dirinya, dan tidaklah mereka akan ditolong.” (QS. Al-Baqarah: 48) Ayat ini menegaskan bahawa bangsa Yahudi yang membangkang dan memusuhi Islam tidak akan memperoleh syafaat dan pertolongan dari Nabi Muhammad kelak di hari Kiamat. Padahal, syafaat Nabi Muhammad sangat bererti dan sangat penting, yang dapat menyelamatkan seseorang dari seksa api neraka. Para nabi dan rasul sebelumnya tidak dapat memberi syafaat kepada umatnya. Hanya Nabi Muhammad yang mampu memberi syafaat (pertolongan). Ibnu Taimiyah membahagi syafaat atas tiga bentuk, iaitu 1) syafaat yang diterima oleh orang-orang yang sedang berada di padang Mahsyar ketika sedang menunggu pengadilan Allah s.w.t.; 2) syafaat yang diterima oleh para penghuni syurga, tetapi mereka belum dapat masuk ke dalamnya sebelum memperoleh syafaat; dan 3) syafaat untuk para pelaku dosa dari kalangan orang-orang beriman. Dari ketiga jenis syafaat itu, umat Yahudi tidak akan memperolehnya kelak.
Tak Bersyukur
Kenapa bangsa Israel ditegaskan secara jelas dalam al-Quran tidak akan mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat kelak? Jawapannya kerana mereka tergolong orang-orang yang ingkar nikmat. Dulu, Allah telah menyelamatkan bangsa Israel dari kekejaman Firaun. “Dan (ingatlah) ketika Kami menyelamatkan kamu dari pengikut-pengikut Firaun; mereka menimpakan kepada kamu seksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anak kamu yang lelaki dan membiarkan hidup anak-anak kamu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan besar dari Tuhan kamu.” (QS. Al-Baqarah: 49) Di masa Firaun berkuasa, kezaliman dan kekejaman dilakukan pemerintah kepada rakyatnya. Setiap anak lelaki yang baru lahir dibunuh. Itulah masa yang sangat genting yang dialami bangsa Israel. Firaun mendakwa diri sebagai penguasa alam raya. Tak ada yang mampu membangkang apa yang diperintahkan dan yang dikehendakinya. Hingga kemudian Allah mengutus makhluk mulia bernama Musa. Lelaki inilah yang kelak membebaskan rakyat Israel dari belenggu kekejaman Firaun. Nabi Musa a.s. membawa wahyu agar menyedarkan Firaun dan rakyatnya. Namun, apa yang diserukan Nabi Musa tidak diikuti Firaun dan pengikutnya. Nabi Musa a.s. lalu membawa pengikutnya yang ‘beriman’ menuju Laut Merah. Kala itu, Nabi Musa a.s. dan pengikutnya dikejar Firaun dan tenteranya untuk dibinasakan, lantaran membangkang dan tidak tunduk kepadanya. Nabi Musa a.s. bersama pengikutnya tidak menelusuri pantai laut Tengah yang jaraknya hanya 250 batu menuju Sinai, melainkan menelusuri jalan arah tenggara menelusuri Laut Merah. Hal ini berdasarkan perintah Allah. Secara geografi, Laut Merah merupakan perairan teluk yang berhubungan langsung dengan Laut Arab di sisi selatan. Negara-negara yang memiliki wilayah perairan di sepanjang Laut Merah, antara lain Arab Saudi, Mesir, Sudan, Eritrea, dan Ethiopia, atau yang biasa disebut negara-negara Maghribi. Sedangkan, di sisi utara terdapat terusan bernama Suez yang menghubungkan Laut Merah dan Laut Mediteranian. Lebar lautan yang menjadi sempadan wilayah benua Asia dan Afrika ini di lokasi terjauh mencapai jarak 300 km. Sedangkan, panjang satu sisi pesisir Laut Merah mencapai sekitar 1,900 km. Sementara kedalaman lautnya di tempat yang terdalam mencapai 2,500 meter. “Dan (ingatlah) ketika Kami belah laut untuk kamu. Lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan pengikut-pengikut Firaun sedang kamu sendiri menyaksikan.” (QS. Al-Baqarah: 50) Kisah Nabi Musa a.s. membelah Laut Merah tersebut diperkirakan terjadi sekitar 3,500 tahun lalu. Sejarah ini diperkuat dengan ditemukannya bangkai kereta kuda dan tulang-belulang manusia di Laut Merah yang diduga merupakan pasukan dan pengawal Firaun.
Penelitian Ilmiah
Berdasarkan penelitian ilmiah, tempat penyeberangan Nabi Musa a.s. diperkirakan berada di wilayah Nuwaiba, Semenanjung Sinai, Mesir. Kedalaman maksimum perairan di kawasan ini sekitar 800 meter ke arah Mesir dan 900 meter ke arah Arab. Sedangkan, jarak Nuwaiba di sisi timur Laut Merah hingga Semenanjung Arab di sisi barat sekitar 1800 meter. Lebar lintasan saat Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah diperkirakan mencapai 900 meter. Berdasarkan data tersebut, boleh dibayangkan berapa besar kuasa yang diperlukan untuk menyebakkan/membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter. Apalagi, waktu tersebaknya Laut Merah cukup lama kerana Bani Israel yang menyertai Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah dianggarkan mencapai 600,000 orang. Menurut perhitungan fizik, jika penyebakan Laut Merah tersebut berlangsung empat jam saja, maka diperlukan tekanan (gaya persatuan luas) sebesar 2,8 juta newton per meter persegi. Jika dikaitkan dengan kecepatan angin, akan melebihi kecepatan angin pada saat terjadi badai angin kencang. Mengacu pada perhitungan yang dilakukan seorang pakar dari Russia bernama Volzinger, diperlukan hembusan angin dengan kecepatan 30 meter/saat atau 108 km/jam sepanjang malam untuk menyebakkan air sedalam 800 meter.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2011 di pasaran...
Monday, June 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment