PENJELASAN secara ‘rinci’ patut dibuat oleh pihak-pihak berkenaan sekiranya didapati dalam masyarakat kita ada fahaman yang berlawanan dengan fahaman Islam sebenarnya. Baru-baru ini, timbul lagi isu tentang fahaman Syiah. Isu ini memang sudah lama wujud. Bila isu ini timbul lagi, pelbagai pihak buat kenyataan. Semua kenyataan itu hanya sekadar menyebut bahawa fahaman itu berlawanan dengan fahaman “Ahlus Sunah Wal-Jamaah”. Sepanjang kenyataan itu dibaca sebagai membalas sanggahan, didapati tidak ada satu kenyataan yang menjelaskan secara rinci mengapa fahaman Syiah itu salah. Kalau kita membaca kitab-kitab agama yang menerangkan asal usul bagaimana fahaman ini wujud, tentulah kita akan dapati ceritanya lebih detail lagi.
Baru-baru ini ada kenyatan dari kerajaan Negeri Selangor mengenai satu ajaran “Tarekat”. Kenyataan itu memang “cantik”. Ia bukan saja memberitahu orang ramai tentang ajaran atau pun fahaman itu salah, menerangkan satu persatu mengapa ajaran atau pun fahaman itu diharamkan. Memang apabila kita membacanya, ajaran itu berlawanan dengan Islam. Pihak majlis fatwa Selangor telah mendetailkan supaya orang ramai faham kenapa ia diharamkan. Soal masuk syurga, menempah syurga, cerita bagaimana tuan guru mereka membawa mereka melawat syurga, neraka dan padang mahsyar merupakan cerita “karut marut” semata-mata.
Cerita soal akhirat Allah s.w.t. saja yang tahu, dan semuanya hanya dalam ilmu Allah. Tidak banyak disebutkan dalam Kitab Suci Quran tentang soal itu. Dalam hadis Nabi s.a.w. juga tidak banyak disebut secara rinci. Soal masuk syurga, cerita padang mahsyar semuanya cerita “ghaib” yang wajib kita imani wujudnya hal-hal itu, tetapi soal mengalaminya semasa kita masih hidup ini adalah tidak betul. Jadi, apa yang dijelaskan secara rinci memang baik, supaya orang awam tidak terpengaruh. Langkah yang dibuat oleh Majlis fatwa Selangor itu sangat betul dan baik sekali. Tetapi lain pula caranya yang dibuat oleh pihak-pihak yang memperkatakan fahaman syiah ini. Mereka tidak membuat penjelasan secara rinci sebagaimana yang dibuat oleh majlis fatwa Selangor. Sepatutnya dijelaskan siapa pendukung firqah atau golongan terutama pengikut pecinta Ali bin Abu Talib serta ahli keluarga Rasulullah s.a.w. Mereka ini mencintai Ali secara berlebihan. Patut juga dijelaskan siapa pelupor fahaman Syiah ini. Dalam kitab agama ada disebut sebagai nama Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari kota Sana’ (Yaman).
Apakah ajaran pokok Syiah. Kenapa Abdullah bin Saba’ dikaitkan dengan Syiah. Kemudian ada cerita menyebutkan bahawa bukanlah Abdullah bin Saba’ sebagai pendiri Syiah tetapi orang lain. Ini mendapat dari orientalis barat saja. Sepatutnya dijelaskan juga aliran-aliran dalam Syiah. Dalam kitab-kitab agama ada dijelaskan “Empat golongan utama Syiah”. Ke empat-empat golongan ini terbahagi pula kepada banyak aliran. Golongan pertama ada 15 aliran, dan bermacam-macam pula cara mereka melakukan ibadat dan cara memandangnya terhadap Islam. Aliran Rafidah pula ada hampir 25 aliran yang juga berbagai-bagai pandangan terhadap Islam, pemujaan mereka terhadap khalifah-khalifah yang empat ini. Begitulah seterus dengan golongan lain yang mempunyai aliran-aliran dan fahaman-fahaman masing-masing. Pihak-pihak yang bertanggungjawab patutlah buat “home work” jika mendapati ada fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fahaman Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Tetapi kalau sekadar menyebut fahaman ini salah tidak mengikut ajaran Nabi, maka orang awam tidak mendapat maklumat yang jelas apa bendanya yang salah. Apa bendanya yang diajar oleh kaum Syiah yang menyalahi? Kalau dijelaskan secara rinci tentang perkara yang sebenarnya, mudahlah orang awam mengerti kedudukan fahaman Syiah yang salah itu. Buatlah penjelasan sebagaimana yang dibuat oleh Majlis fatwa Negeri Selangor. Setelah dijelaskan secara rinci, kemudian minta siarkan dalam semua akhbar atau media tertentu supaya orang ramai mendapat maklumat yang terang dan jelas. Sekarang ini semua orang nak bercakap atas isu yang sama, atas isu Syiah yang semata-mata untuk mendapatkan publisiti, tetapi tidak tahu biji butir, dan hujung pangkal sebenarnya. Orang kata fahaman Syiah itu salah, kita pun kata salah. Orang kata, ajaran Syiah itu tak ikut ajaran Islam, kita pun kata begitu. Begitu juga dengan fahaman Wahabi, orang lain kata Wahabi itu “sesat”, kita pun ikut kata macam itu. Berapa punya ramai umat Islam di muka bumi terutama mereka yang berada di negara-negara Islam seperti negara-negara di Timur Tengah, di bahagian India yang berfahaman macam itu, iaitu mereka mengikut Mazhab “Ahmad bin Hanbal” (Mazhab Hanbali) menyembah Allah sama macam kita sembah. Mengucap dua kalimah syahadah sama dengan apa yang kita ucapkan. Mempunyai pegangan agama dengan membayar zakat, berpuasa, berhaji ke Baitullah sebagaimana kita buat disini, kemudian kita katakana mereka yang berfahaman Wahabi itu “sesat” dan kafir. Apa halnya dengan umat Islam yang ada di Timur Tengah dan di Bahagian India yang beragama Islam yang mengikut Mazhab Ahmad bin Hambal (Hambal) apakah mereka juga kafir dan sesat? Ini apa cerita?
Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2011 di pasaran...
Monday, June 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment