ITULAH Maher Zain. Muzik keagamaan yang dia persembahkan menampilkan dentingan dan alunan suara yang tak merusak telinga. Alunan lagunya menyusup indah ke dalam hati dan menjejakkan kaki dengan kuat: mengingatkan kebesaran Allah. Ia bermain muzik dengan nafas, “sentuhan tangan” dan beranjak dari kebeningan jiwa dengan membawa semangat Islam. Tak mustahil, jika senandung lagu yang digemakan menyentuh di hati dan bahkan memberi ketenangan jiwa. Setelah beredar album perdananya, Thank You Allah, Maher Zain menjadi sosok menonjol. Lagu-lagu yang dibawakannya sungguh luar biasa. Orang yang mendengar untuk pertama kalinya, tak memungkiri jika lagu yang dia bawakan dengan irama muzik kontemporari itu mampu memukau. Wajarlah, kalau nama Maher Zain cepat popular dan seketika polular di alam muzik Islam dunia.
Cinta Muzik Sejak Kecil
Lagu-lagu Maher Zain mungkin sudah tidak asing bagi penggemar muzik keagamaan di seantero dunia, tetapi boleh jadi, tak banyak orang yang kenal dengan sosok penyanyi seorang ini. Apalagi, bagi penggemar musik bercorak kerohanian ini. Memang, dunia muzik bukan sesuatu yang asing bagi Maher Zain. Maklum, ayah Maher Zain, Mustapha Maher, dikenal sebagai seorang penyanyi. Jadi, bukan hal yang ganjil jika Maher Zain akrab dengan dunia muzik sejak dia masih remaja. Bahkan, bakat muzik ayahnya itulah yang kemudian menitis ke dalam diri Maher Zain. Lahir di Lebanon 16 Mac 1981, Maher Zain seakan ditakdirkan untuk bermuzik dan meneruskan jejak si ayah. Mustapha Maher yang sudah memulai kerjaya di kota kelahirannya Tripoli (di Lebanon). Di Lebanon itulah Maher Zain menghabiskan masa kanak-kanaknya. Tapi Lebanon ternyata tidak mampu menahan keluarga Maher Zain untuk tinggal selamanya. Pada saat Maher Zain berusia 8 tahun, keluarganya pindah ke Sweden. Di Sweden itulah, Maher Zain menghabiskan masa remajanya untuk belajar muzik. Dia mendapatkan keyboard pertama ketika berumur 10 tahun. Di usia yang tergolong belia itu pun Maher sudah menunjukkan bakat yang luar biasa. Dia sudah mahir dan berbakat bermain keyboard. Ayahnya tidak saja jadi guru dalam bermuzik tetapi juga banyak menyuntikkan semangat dan inspirasi. Satu hal yang tak dapat disangkal, dunia muzik adalah dunia yang dipilih Maher Zain dengan sepenuh hati. Kerana itu, dari kecil dia belajar muzik bukan sekadar main-main. Saat remajanya, dia bersama teman-teman sekolah kerap menghabiskan malam tak saja bermain muzik, melainkan melakukan eksperimen-eksperimen dalam memainkan muzik. Tetapi, kecintaan Maher Zain pada muzik tidak membuatnya terlena. Dia bahkan dalam dunia pendidikan berhasil meraih gelar sarjana dalam Aeronautical Engineering dan itu mengukuhkan kebolehan Maher Zain dalam bermuzik. Terbukti ia tergolong pemuzik yang berwibawa. Bahkan, lebih dari itu, dia mampu menjadi seorang penerbit muzik tatkala dia masih berusia muda. Tapi, dunia muzik memang dunia yang penuh hingar bingar dan ‘glamor’. Dunia yang konon dekat dengan kehidupan mewah, keseronokkan dan kesenangan. Dalam beberapa kes, dunia muzik adalah ‘dunia minuman keras’ dan ‘dadah’. Wajar, jika di mata Maher Zain, dunia muzik yang telah dia masuki itu membuat dia merasa hidup dalam kegersangan. Dia merasa ada yang tak mengena di hati, bahkan ada yang salah. Dengan dunia seperti itu, dia berujar pendek, “Saya sangat mencintai dunia muzik, namun saya tidak menyukai hal-hal yang ada di sekelilingnya, seperti ada yang salah dengan hal ini.” Dengan dunia muzik seperti itu, Maher Zain pun merasa ada yang kurang selesa. Akhirnya, setelah Maher Zain beberapa waktu terlibat dalam bidang muzik ini sebagai penerbit muzik, dia merasa perlu melakukan penerokaan baru. Maka, saat Maher Zain diperkenalkan ke RedOne, dia tidak menolak untuk bergabung. Sejak itulah, dia bekerja dengan RedOne, kemudian pindah ke New York.
Menemukan Identiti Muzik Baru
Tapi, penghijrahan Maher Zain ke New York tetap tidak membuat dirinya menenangkan. Tak lama kemudian, dia pun memilih kembali pulang ke Sweden, negara yang menjadi tempat pertama kali dia memulai kerjaya dalam bermuzik. Sayang, kegundahan hati yang dia rasakan selama itu belum menemukan setitik harapan sebagaimana yang dia harapkan. Padahal, dia mengharapkan dapat menemukan kehidupan yang sejuk, tenang dan damai di dalam bermuzik. Setelah dilanda kegundahan hati bahkan melakukan pengembaraan yang tidak juga kunjung sampai, akhirnya, apa yang dia pertanyakan itu menemukan sebuah jawapan yang melegakan. Keraguannya selama ini dalam bermuzik di tengah kehidupan hingar-bingar dan penuh kemewahan, mendapatkan tempat berlabuh setelah ia bertemu dan tergabung dalam kelompok atau masyarakat muslim yang ada di Stockholm.
Sejak itu, Maher Zain merasa mendapat jawapan dari segumpal keraguan yang selama ini dia teraba-raba. Dia pun mulai aktif dalam kegiatan-kegiatan masyarakat muslim tersebut yang dilakukan di masjid. Dengan kehidupan baru itu, Maher Zain pun merasa tidak saja telah menemukan jawapan semata, melainkan telah mendapatkan tempat berteduh yang dia cari. Dia mengibaratkan di tempat itu, ia telah menemukan sebuah rumah. Di tempat itulah, Maher tidak saja merasa mendapatkan tempat untuk menjawab segulung kegelisahan, melainkan merasa menemukan cara yang tepat untuk kembali bermain muzik dengan identiti baru. Dia bersyukur dan kemudian merasa mendapatkan “mandat” untuk menolong orang lain melalui media muzik dan menyenandungkan lagu-lagu yang berirama keislaman. “Jika aku mempunyai satu hal yang ingin aku sampaikan kepada orang di luar sana, bahawa sangatlah mudah untuk melihat jalan yang benar jika kita hanya membuka mata dan melihat dengan benar, dan itu yang terjadi padaku.” Setelah menemukan dunia baru dimana ia menemukan identitinya, akhirnya dia menerbitkan album yang dia akui sebagai identitinya sebagai seorang muslim. Pada 2009, Maher Zain melancarkan album pertamanya bertajuk “Thank You Allah” melalui awakening record. Dalam album itu, Maher Zain menyanyikan lagu-lagu bercorak agama dan kerohanian.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2011 di pasaran...
Monday, June 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment