INDONESIA yang penduduk Islamnya berjumlah lebih dari 95 peratus (Negara berakyat Islam terbesar di dunia) telah menimbulkan satu lagi kontroversi berhubung dengan “Berfoto” oleh pasangan pengantin yang belum diijab kabulkan. Maksudnya, ada pasangan yang bakal jadi pengantin tetapi awal-awal lagi berfoto dengan cara berpelukan, dan berbaring di ranjang dan sebagainya lagi yang dianggap “haram” disisi Islam. Seorang tokoh agama dari “Jambi” yang juga pengerusi sebuah badan kajian mengenai perkara perbuatan ‘mungkar’ ini mendapati bahawa budaya “berfoto” cara demikian bertentangan dengan budaya Islam, dan perbuatan tersebut mesti diharamkan segera. Sebenarnya, Majlis Agama Islam (MUI) Indonesia sudah lama mengeluarkan fatwa yang sama berhubung dengan perkara ini. Hakikatnya, sikap yang dilakukan ini “tersasar dari hukum Syariah”.
Para tokoh agama, dan para ulama Indonesia nampaknya prihatin terhadap perkara-perkara yang berlawanan dengan dasar Islam, dan mereka nampak awal-awal perbuatan cara macam itu mengundang “dosa”. Dalam negara kita, perbuatan yang sama juga ada berlaku, tetapi tokoh-tokoh agama kita “buat tak tahu saja”. Mereka tutup mata sebelah. Mereka mengambil sikap “kubur engkau, engkau sendirilah yang jawab nanti...” Ramai pasangan bakal pengantin yang bakal menjadi suami dan isteri awal-awal lagi sudah berfoto dengan cara lebih ghairah dan berpeluk-peluk walaupun belum diijab kabulkan. Oleh kerana kadang-kadang yang melakukannya pihak-pihak golongan “Glamour”, dan orang-orang sukar untuk dibuat “komen” kerana khuatir “periuk nasi terancam, maka hal itu tidak diberikan sebarang “fatwa”. Kadang-kadang tokoh agama dalam negara kita cuma menyifatkannya sebagai perkara “remeh” saja yang tidak perlu diperkatakan sangat, walaupun melarang berbuat demikian. Kalangan para artis yang kadang-kadang kita lihat belum pun diijabkabulkan, dengan lain-lain kata belum jadi suami isteri, sudah berfoto macam suami isteri yang sudah mendapat cahaya mata dan sudah lama “bernikah”. Yang menjadi isu disini bukan berfoto itu sendiri, tetapi berfoto itu secara “intim dan menghairahkan”. Kalau sekadar berfoto biasa, tanpa ada unsur-unsur intimnya tentulah tidak timbul masalah dan tentulah tidak salah. Yang menjadi masalahnya yang boleh mengundang “dosa” kecil itu kerana “sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram”. Inilah barang kali yang dimaksudkan oleh ulama-ulama Indonesia tersebut.
Sebenarnya isu ini bukanlah soal individu, dan bukan isu hanya sebuah negara itu saja. Tetapi isu agama yang melibatkan perlakuan “salah” umat Islam itu sendiri. Isu ini bukanlah hanya melibatkan umat Islam Indonesia saja, bahkan umat Islam di muka bumi ini, termasuk Malaysia. Apakah para ulama kita akan terlepas dari tanggungjawab, atau pun terlepas dari ditanya oleh Allah di padang mahsyar kelak? Kerana membiarkan umat Islam dibawah tanggungjawabnya melakukan hal-hal “mungkarat”, sedangkan kita tahu isu itu dilarang oleh agama? Orang-orang kita memang mudah “terlupa”, lebih-lebih lagi mengenai hukum hakam agama. Yang patut memberi ingat kepada orang-orang lupa ini mengenai agama ialah para ulama kita. Kerana para ulama adalah “Warathatul ‘Anbia”. Para tokoh agama kita sekali-sekala patut “menegur” secara “berani” dan secara terus terang. Jangan main lepas tangan begitu saja. Terutama para artis kita yang kita lihat kadang-kadang sudah melampau berfoto dengan memperlihatkan hal-hal yang tidak sepatutnya di perlihatkan walaupun secara “main sorok-sorok.” Apalah gunanya perkara yang dilarang oleh agama, yang bererti dilarang oleh Allah s.w.t. itu kita buat? Tidakkah kita “bersyukur” kepada Allah yasng telah mengurniakan kita “nikmat” setiap saat kepada kita?
Kalau nak ditulis nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, semua air laut yang ada di muka bumi ini disatukan sebagai “dakwat”nya untuk menulisnya habis air laut itu, maka nikmat Allah dalam sehari itu tidak habis lagi ditulis. Sebenarnya, kita ada media elektronik yang boleh menyampaikan nasihat, maklumat yang berguna kepada orang ramai. Para ulama kita mestilah bersikap “tegas”. Jangan main pandang bulu saja. Kalau orang-orang besar lakukan, kita “diam saja”. Sebaliknya kita cari dalil-dalil yang “menghalalkan cara” supaya yang salah menjadi tidak salah. Oleh kerana para tokoh agama kita banyak “main diam diri”, maka sebab itulah banyak berlaku jenayah dimana, bapa balon anak. Abang balon adik sendiri. Ada kes dimana ada anak balon emak sendiri. Bapa mertua balon menantu dan macam-macam kerja-kerja haram yang dilarang oleh agama berlaku dalam masyarakat Islam.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2012 di pasaran...
Sunday, February 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment