ADALAH mejadi kebiasaan apabila ada satu-satu jenazah mahu disolatkan, maka ahli keluarga meminta imam tempatan atau para ustaz atau orang-orang alim mengimamkan solat jenazah berkenaan. Ia sebenarnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun apa yang perlu diketahui bahawa mereka yang lebih utama untuk mengimamkan solat jenazah tersebut ialah sebagai berikut:
Imam Solat Jenazah
Menurut Imam Syafi’i, kerabat lelaki (wali) mayat lebih berhak menjadi imam solat jenazah daripada memilih penguasa, meskipun sebelum mayat telah berwasiat kepada selain wali (untuk menjadi imam). Alasannya, solat jenazah merupakan hak kerabat. Jadi, wasiat menggugurkan hak tersebut tidak boleh dilaksanakan seperti halnya hak waris. Secara berurutan orang yang paling berhak mengimami solat jenazah iaitu ayah, datok, dan seterusnya, kemudian anak lelaki, cucu lelaki dan seterusnya, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki se-ayah, anak lelaki saudara kandung (anak saudara jenazah), anak saudara lelaki se-ayah, selanjutnya semua ‘ashabah jalur nasab sesuai urutan pewarisan. Bapa saudara (saudara ayah) sekandung didahulukan daripada bapa saudara se-ayah, kemudian anak bapa saudara kandung (saudara sepupu) lalu anak bapa saudara se-ayah, baru selanjutnya dalam jalur nasab bapa, kemudian anak, saudara, bapa-bapa saudara lalu kerabat. Apabila ada dua orang wali yang memiliki darjat sama, seperti dua anak lelaki atau dua saudara lelaki yang keduanya layak menjadi imam, maka dahulukanlah orang yang lebih dahulu memeluk Islam dan bersikap adil daripada orang yang lebih mengerti fikih dan sejenisnya.
Golongan Yang Tidak Wajib Disolati
Ada dua golongan yang tidak wajib disolati, iaitu:
1) Seorang bayi yang belum baligh
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah. Kata dia, “Ibrahim putera Nabi Muhammad s.a.w. meninggal dunia ketika dia berusia 18 bulan, maka Rasulullah tidak mensolatinya.” (HR. Abu Daud)
2) Seorang yang syahid
Hal ini berdasarkan keterangan hadis Nabi dari Anas r.a., “Bahawasannya syuhada Uhud tidak dimandikan, dikubur dalam darah-darah mereka, dan beliau tidak mensolati mereka.” (HR. Abu Daud). Namun begitu, tidak wajibnya solat atas kedua golongan ini, tidak bererti menafikan disyariatkannya solat atas kedua golongan ini. Maksudnya, kalau pun dua golongan ini mahu disolatkan, maka boleh saja. Hanya saja hukumnya tidak wajib kifayah. Sebab, Nabi s.a.w. juga pernah mensolatkan anak kecil dari kelompok Anshar. Kata Aisyah:“Didatangkan kepada Rasulullah seorang (jenazah) anak dari Anshar, maka kemudian beliau mensolatinya.” (HR. Muslim) Dalam hadis lain juga disebutkan: “Bahawasanya Rasulullah pada waktu Perang Uhud, memerintahkan agar didatangkan padanya jenazah Hamzah yang kemudian ditutupi dengan kain, kemudian beliau mensolatinya dengan bertakbir sembilan kali, kemudian didatangkan jenazah-jenazah yang lain yang kemudian ditata secara berbaris, Rasulullah s.a.w. mensolati mereka dan mensolati Hamzah bersama mereka.” Ertinya, jasad orang yang mati syahid juga boleh disolatkan, hanya saja tidak wajib.
Mensolati Beberapa Jenazah Sekaligus
Jika Jenazah yang disolati lebih dari satu, lelaki atau wanita, maka jenazah-jenazah itu diletakkan berjajar antara imam dengan kiblat. Mayat yang paling bertakwa diletakkan paling dekat dengan kiblat. Nafi’ meriwayatkan dari Ibnu umar r.a. bahawa Ibnu Umar pernah mensolati sembilan jenazah wanita dekat arah kiblat. Jenazah-jenazah itu dijadikan satu baris ke arah kiblat. Diriwayatkan pula, ketika mensolati jenazah Ummu Kultsum binti Ali (isteri Umar r.a.) dan jenazah puteranya yang bernama Zaid, jenazah puteranya diletakkan dekat imam, dan jenazah Ummu Kultsum dekat kiblat. Saat itu, yang menjadi imam solat Abu Hurairah, Abu Sa’id dan Abu Qatadah. Seorang lelaki berkata, “Aku protes. Aku melihat ke Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Abu Sa’id dan Abu Qatadah, lalu aku berkata, “Ada apa-apa ini? Mereka menjawab, “Inilah yang sesuai dengan ajaran Rasulullah.” (HR. Nasa’i dan Baihaqi) Al-Hafiz berkata, “Sanad hadis ini shahih. Hadis ini menjelaskan bahawa anak lelaki yang disolati bersama wanita dewasa, maka jenazah anak tersebut diletakkan dekat imam, dan jenazah wanita dewasa diletakkan dekat arah kiblat. Jika ada jenazah lelaki dewasa, maka urutan peletakannya yang paling dekat imam adalah jenazah lelaki, lalu anak lelaki, lalu wanita dewasa.
Solat Ghaib Dan Mensolati Jenazah Yang Telah Dikebumikan
Apabila kita mendengar berita bahawa ada diantara keluarga atau kenalan kita yang meninggal dunia yang tempatnya berjauhan dengan kita, maka sebaiknya kita solat ghaib untuk mendoakannya. Lebih baik lagi apabila kita dapat mengajak jemaah kaum muslimin di masjid atau di surau tempat kita tinggal untuk solat ghaib bersama-sama.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2012 di pasaran...
Sunday, February 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment