KUBUR adalah tempat akhir bagi manusia setelah mati. Dulu-dulu semasa Nabi Allah Adam a.s. dimana anaknya berkelahi antara Qabil dan Habil, maka Habil mati. Qabil mengambil petunjuk yang Allah berikan melalui burung gagak, cara menanam adiknya Habil setelah ia dibunuh. Burung gagak itu telah memperlihatkan bagaimana menguburkan jenazah saudaranya setelah terlebih dahulu gagak itu berkelahi dengan gagak lain.
Qabil melakukan itu, maka dari sanalah kita semua mengetahui sunat atau cara untuk menanam jenazah dalam kubur. Dalam Al-Quran dalam surah Abasa ayat 21 Allah berfirman yang mafhumnya: “Kemudian dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur.” Ertinya, menjadi kuburan baginya sebagai penghormatan, tidak seperti orang-orang yang melemparkan mayatnya ke tanah dimakan burung gagak atau binatang buas.
Untuk ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: “Galilah lubang, dalamkan dan luaskanlah,” riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Baihaqi dan Hisyam dari Ibnu Amir).
Di Dalam Kubur
Ketika seorang salih meninggal, dia akan didudukkan malaikat dan tak akan merasa cemas. Pertanyaan yang berkaitan dengan Islam lalu diajukan kepadanya. Setelah itu, dia ditanya tentang nabinya. Dia menjawab bahawa nabi adalah seorang yang membawa tanda-tanda yang jelas dari Tuhan, dan dia percaya tanda-tanda itu semuanya benar. Setelah itu, dia diperlihatkan sebuah tempat di neraka yang menggambarkan suasana amat kacau. Lalu, ketika dia mengalihkan perhatiannya dari pandangan itu, dia diberi tahu bahawa Tuhan telah menyelamatkannya dari hukuman itu. Kemudian, ditunjukkan kepadanya sebuah tempat di syurga, tempat yang dihias mewah dan bagus sekali, di mana dia mendapatkan pemandangan yang menyenangkan. Dan diberitahukan bahawa dia akan diberi tempat di situ, jika dibangkitkan di hari kiamat kelak, kerana selama hidupnya di dunia, dia percaya kepada hari akhir. Ketika seorang yang jahat mati, dia didudukkan di kubur, tetapi diliputi rasa cemas dan takut. Pertanyaan yang sama juga diajukan kepadanya. Dia berkata bahawa dia tidak tahu apa-apa.
Dia dulu hanya terbiasa mengulang apa yang didengar dari orang-orang. Berikutnya, gerbang syurga dibuka, setelah memperlihatkan hiasan dan keindahannya dan semua kekayaan yang terkandung di dalamnya, dia diberi tahu bahawa itulah bakal tempat tinggalnya. Tetapi untuk sementara, dia tidak diizinkan masuk. Kemudian pemandangan neraka diperlihatkan kepadanya. Dia melihat suasana yang sangat kacau. Lalu diberitahukan kepadanya bahawa tempat itu akan diberikan kepadanya kerana sepanjang hidupnya di dunia, dia mempunyai keraguan dan mati dalam keadaan ragu. Abu Qatada mengatakan bahawa suatu hari ada upacara penguburan yang kebetulan melewati Nabi Muhammad. Ketika beliau melihatnya, beliau teringat bahawa manusia hanya punya dua pilihan. Yakni, merasa senang ketika mati atau orang lain, senang atas kematiannya. Beliau menjelaskan bahawa setelah mati, orang yang beriman merasa senang, kerana telah dibebaskan dari kesulitan dunia dan akan bertemu Allah. Inilah alasan seseorang merasa senang. Sedang kematian seorang pendosa, akan membuat senang orang-orang yang tinggal di kota dan di desa, pohon-pohon dan binatang-binatang, kerana dengan kematiannya, dunia terbebas dari jahatnya. Ibnu Umar mengatakan bahawa suatu hari Nabi s.a.w. memegang bahunya dan menasihatinya untuk hidup di dunia seperti pelancong/pengembara. Ibnu Umar mengatakan bahwa pada pagi hari, seseorang harus menunggu malam, dan di malam hari seseorang harus menunggu pagi. Ketika seseorang sedang menikmati kesihatan yang baik, dia harus mempersiapkan diri melawan penyakit, kerana selama masa sakit dia akan mendapatkan pahala atas amal baiknya yang dilakukan dalam keadaan sihatnya. Seseorang juga harus mempersiapkan diri untuk kematiannya.
Jeritan Kubur
Abu Hurairah mengatakan, suatu kali dia bersama Nabi s.a.w. ikut acara penguburan. Ketika Nabi sampai di kawasan perkuburan, dia pergi ke sebuah kubur dan mendengarkan suara yang sangat jelas: “Wahai anak cucu Adam. Engkau telah melupakanku. Aku adalah tempat kesunyian, tempat tinggal kesenyapan, pondok belantara, akulah tempat tinggal para cacing, dan aku sungguh sempit.” Setelah itu Nabi bersabda: “Kubur adalah salah satu taman dari taman-taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.”
Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2012 di pasaran...
Sunday, February 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment